SETIAP kali musim perayaan, cerita yang sama kembali berulang. Bukan sekadar kesesakan lebuh raya atau terminal pengangkutan, tetapi keluhan orang ramai tentang harga tiket kapal terbang yang melambung tinggi hingga sukar diterima akal. Bagi sebahagian rakyat Malaysia, khususnya yang merantau jauh dari keluarga, pulang ke kampung bukan sekadar tradisi. Ia soal tanggungjawab, soal kasih sayang dan soal menyambung ikatan yang tidak ternilai harganya. Namun realiti hari ini, harga tiket terutama kapal terbang seolah-olah menjadikan perjalanan pulang ke kampung sebagai satu…














