fbpx
ARSENAL masih kekal bersaing dalam empat kejohanan dan berpeluang untuk merangkul gelaran quadruple. - AFP

EPL: Impian quadruple Arsenal keterlaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal dijangka hanya mampu menamatkan musim ini dengan dua kejuaraan dan pencapaian quadruple adalah sesuatu yang keterlaluan buat The Gunners.

Bekas bintang Liverpool, Steve McManaman tetap mempertahankan persembahan hebat Arsenal musim ini namun merasakan skuad kendalian Mikel Arteta hanya mampu memenangi torfi domestik.

The Gunners dijangka akan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2004 dan satu lagi kejuaraan di pertandingan domestik, sama ada Piala FA atau pun Piala Liga Inggeris yang bakal menyaksikan pertemuan dengan Manchester City di pentas final.

Walaupun dilabel sebagai salah satu pasukan pilihan, McManaman sebaliknya tidak melihat peluang lebih baik buat The Gunners mencipta sesuatu lebih baik di pentas Liga Juara-Juara (UCL)

“Saya fikir Arsenal akan memenangi dua piala musim ini, liga dan satu lagi trofi domestik,” katanya selepas melihat Arsenal hampir terima kejutan di pentas Piala FA.

Selepas mengharungi 30 perlawanan, Arsenal kekal memimpin carta Liga Perdana Inggeris dengan 67 mata, berkelebihan tujuh mata berbanding Manchester City yang kurang satu perlawanan.

Di pusingan 16 Liga Juara-Juara, The Gunners dianggap pasukan pilihan untuk melepasi cabaran kelab Jerman, Bayer Leverkusen dimana mantan pemain kebangsaan England, Joe Cole merasakan Arsenal memiliki hak untuk bercita-cita besar di pertandingan benua. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN