SECARA geografi, Pak Bara berada di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Perlis, sekali gus menjadikannya antara lokasi luar negara paling mudah diakses oleh pemancing tempatan. Jaraknya kira-kira 70 kilometer dari sempadan dan hanya mengambil masa sekitar satu jam 30 minit perjalanan untuk tiba di jeti. Keunikan perairan sekitar Ko Adang yang kaya dengan terumbu karang menjadikannya habitat ideal pelbagai spesies ikan gred A. Struktur karang yang padat bukan sahaja menjadi rumah kepada ikan-ikan pelagik dan demersal, malah menjanjikan pertarungan sengit buat pemancing.……














