fbpx
RICE (tengah) antara pemain yang mungkin direhatkan untuk aksi menentang Brighton awal pagi esok. - AFP

Arsenal perlu belajar ‘taktik kotor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi bayangan rombakan dalam kesebelasan utama akan dibuat menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton & Hove Albion di Stadium Amex, awal pagi esok.

Menurut Arteta, kesebelasan utama yang konsisten perlu dikekalkan tetapi dalam masa yang sama perubahan wajar dibuat demi memastikan barisan pemain kekal cergas sehingga penghujung musim ini.

Arteta berkata, baki sembilan perlawanan bakal jadi penentu buat pasukan untuk bergelar juara EPL buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun dan pemain perlu sedia untuk beraksi dengan ‘taktik kotor’.

“Mengenai kesebelasan utama untuk aksi akan datang, saya rasa barisan kejurulatihan akan buat rombakan. Kami perlu buat perubahan dan beri peluang kepada semua pemain supaya pasukan kekal cergas.

“Saya harap sesiapa sahaja sedia untuk diturunkan kerana kita perlu bermain mengikut situasi yang ada.

“Tiada istilah perlawanan yang tidak cantik tetapi ketika bertemu Chelsea sebelum ini, pasukan terpaksa menggunakan taktikal bereza kerana jurang kualiti antara kedua pasukan sangat kecil,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut mengesahkan tonggak tengah, Declan Rice yang mengalami kecederaan ketika menentang The Blues mungkin disisihkan buat sementara waktu.

“Saya belum pasti lagi. Rice terpaksa dikeluarkan dan kita akan buat penilaian sama ada dia sempat pulih untuk Rabu ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN