fbpx
Anwar dan Tunku Nashrul (gambar kecil).

Tiada tolak ansur hina agama Islam, al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam, khususnya terhadap kitab suci al-Quran.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata, seperti yang ditegaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia adalah negara hukum yang ditadbir berpaksikan undang-undang.

“Berkenaan isu penodaan Al-Quran yang melibatkan seorang mahasiswa, Kerajaan Madani ingin sekali lagi menegaskan bahawa individu berkenaan telah ditahan pihak polis pada 25 Februari lalu, sehari selepas kejadian.

“Tindakan serta-merta telah diambil dan individu tersebut juga telah didakwa di mahkamah hari ini,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut memandang serius penyebaran fitnah yang berniat jahat, tohmahan, dan rujukan palsu yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, tindakan tersebut secara jelas bertujuan untuk memburukkan usaha-usaha kerajaan dan menggugat ketenteraman awam dengan mencampuradukkan isu-isu yang berbeza.

Justeru, katanya, Pejabat Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat agar merujuk sumber yang benar dan boleh dipercayai sebelum berkongsi sebarang maklumat.

“Keadilan hakiki menuntut proses pengadilan yang telus, bukannya penghukuman tanpa usul periksa,” jelasnya. ⁠- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN