fbpx
Anwar di persidangan Dewan Rakyat hari ini - Foto JABATAN PENERANGAN

RM15.5 bilion wang aset hasil tindakan rasuah, sindiket diperoleh semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasukan khas pelbagai agensi berjaya memperoleh semula wang aset bernilai RM15.5 bilion hasil daripada tindakan terhadap kegiatan rasuah dan sindiket aktiviti haram oleh dari tahun 2023 hingga 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu merupakan peningkatan berbanding RM37 juta pada tahun 2018 dan RM1.2 bilion pada tahun 2019.

Kata beliau, pasukan Khas Multi-Agency Task Force (MATF) itu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Kata beliau, turut terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Bank Negara.

“Pada 2023 hingga 2025, dengan usaha SPRM dan agensi lain yang saya sebut tadi, ia sudah mencecah RM15.5 bilion. Ini menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kita meningkat.

“Langkah-langkah akan terus diambil, tetapi melalui perkongsian maklumat dan kerjasama rapi di antara badan-badan penguatkuasaan disebutkan tadi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan V. Ganabatirau (PH-Klang) berhubung keseluruhan wang dan aset yang berjaya diperoleh semula oleh SPRM sepanjang tahun 2025.

Perdana Menteri berkata, antara kes profil tinggi direkodkan dari November 2025 sehingga Februari 2026 adalah pertuduhan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Menurut beliau, kes lain adalah pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri pada 4 Disember 2025 dan kes eempat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Kata beliau, pegawai tinggi ATM itu didakwa berhubung tuduhan salah guna kedudukan, pecah amanah, pengubahan wang haram dan menerima barangan berharga pada Januari 2026;

“Terkini Siasatan dan tangkapan terhadap Ketua Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar pada Januari 2026.

“Ini menunjukkan bahawa kesungguhan kita dalam melaksanakan tugas lebih nyata dan ketara setelah ditegaskan dalam tatakelola Kerajaan Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN