SEREMBAN – Sebanyak 14 buah premis di negeri ini dikompaun selepas dikesan melakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 menerusi Ops Pantau sejak 19 Februari hingga 1 Mac lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Negeri, Faizah Othman berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuklah tidak meletakkan tanda harga, menjual barangan harga kawalan melebihi harga maksimum, memiliki barangan tanpa lesen, dan menggunakan atau memiliki alat timbang/sukat yang tidak ditentusahkan.
“Sebanyak 345 premis diperiksa dengan 14 daripadanya melakukan kesalahan dan dikompaun sebanyak RM1,400.
“Kita tidak akan kompromi terhadap mana-mana peniaga yang mengaut keuntungan melampau sehingga membebankan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Ops Pantau KPDN di Bazar Ramadan Seremban 2 di sini, hari ini.
Beliau berkata, walaupun pihaknya tidak mengawal harga makanan secara langsung kerana bukan di bawah harga kawalan, namun tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya siasatan mendapati wujud elemen pencatutan- KOSMO! ONLINE














