fbpx
Sebahagian 3,000 jemaah yang bersolat sunat tarawih di Masjid Kampung Buluh Gading, Kuala Terengganu kelmarin.

Tarawih 15 minit ‘goda’ 3,000 jemaah sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Masjid Kampung Buluh Gading di sini terus menjadi tumpuan ramai pada bulan Ramadan ini berikutan tradisinya melaksanakan solat sunat tarawih ringkas lapan rakaat dalam tempoh kurang 15 minit.

Setiap malam sejak 1 Ramadan lalu, masjid tersebut sentiasa dipenuhi lebih 3,000 orang termasuk jemaah dari daerah-daerah lain untuk menunaikan solat sunat tarawih.

Imam masjid tersebut, Mastura Mohamad, 56, berkata, solat tarawih ringkas dengan bacaan surah-surah pendek sudah jadi pendekatan Masjid Kampung Buluh Gading sejak tahun 1992.

“Saya akan baca surah-surah pendek dalam setiap rakaat solat tarawih dengan niat memberi keselesaan kepada jemaah pelbagai peringkat usia.

“Kita mahu pastikan semua golongan termasuk warga emas, mereka yang bekerja dan kanak-kanak dapat solat tarawih tanpa berasa terlalu letih mengikut kemampuan dan kudrat,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Masjid Kampung Buluh Gading di sini kelmarin.

Mastura berkata, beliau merupakan generasi ketiga selepas datuk dan bapanya menjadi imam di masjid tersebut yang mula beroperasi pada tahun awal 1980-an.

Seorang jemaah, Mohd. Azmin Zulfadli, 27, berkata, dia sanggup datang dari Ajil, Hulu Terengganu sejauh lebih 44 kilometer demi merasai pengalaman bersolat tarawih di Masjid Kampung Buluh Gading.

Katanya, dia sampai awal dan berbuka puasa di kawasan masjid sebelum menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat sunat tarawih berjemaah.

“Setiap tahun, saya mesti luangkan masa sekurang-kurang semalam untuk menunaikan solat tarawih berimamkan Ustaz Mastura di Masjid Kampung Buluh Gading ini.

“Kena datang awal, kalau tidak sukar dapat ruang kerana jemaahnya memang ramai tiap-tiap malam,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Mohd. Safuwan Amir Mohd. Saidi, 36, pula menjadikan masjid itu ‘masjid rasmi’ bersolat tarawih setiap malam Ramadan sejak dulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN