fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah perlu mempunyai mentaliti untuk menjadi juara dalam setiap kejohanan disertai mereka.

Pearly-Thinaah perlu tawan All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menggalas misi besar pada Kejohanan Badminton All England di Birmingham bermula 3 hingga 8 Mac ini apabila diletakkan sasaran sebagai juara.

Harapan tinggi diletakkan ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak yang menyifatkan gandingan naib juara dunia itu tidak boleh lari daripada meletakkan sasaran tinggi dalam setiap kejohanan.

Beliau mengharapkan Pearly-Thinaah dapat menampilkan aksi terbaik, terutamanya pada pusingan pertama dan kedua yang dianggap cukup penting bagi mendapat semula momentum selepas berehat lebih sebulan.

“Sasaran adalah seperti biasa, kita nak menang (juara). Seperti saya cakap sebelum ini, Pearly-Thinaah memang tidak boleh lari daripada sasaran yang tinggi dalam setiap kejohanan.

“Selain itu, tempoh (rehat) sebulan adalah lama. Atas sebab itu saya harap mereka tidak berdepan sebarang masalah di pusingan pertama dan kedua kerana perlu kembali menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Kali terakhir pasangan No. 2 dunia itu beraksi di pentas kompetitif adalah sebulan lalu di mana mereka menjadi beregu wanita pertama negara dalam tempoh 15 tahun memenangi Indonesia Masters.

Rosman turut menjelaskan, sepanjang tempoh persiapan ke All England, Pearly-Thinaah memberikan lebih fokus terhadap persediaan dari segi fizikal selepas berdepan kepenatan ekoran jadual padat sebelum ini.

“Dalam tempoh sebulan ini memang kita tumpukan kepada fizikal mereka, sekurang-kurangnya 70 peratus. Kita gunakan rehat lama ini sebaiknya dengan meningkatkan kapasiti latihan fizikal,” ujarnya.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah memenangi All England dalam kategori beregu wanita sejak kejohanan badminton tertua dunia itu dianjurkan pada 1899, manakala Lee Zii Jia adalah pemain negara terakhir memenanginya pada 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN