ALUNAN ayat suci al-Quran memecah keheningan pagi Ramadan di sebuah rumah kebajikan yang terletak di tengah kawasan perumahan Taman Sri Medan, Petaling Jaya, Selangor. Bukan sahaja para ibu dari kejiranan berkumpul untuk bertadarus, malah kelihatan juga remaja dan kanak-kanak yang hadir dengan penuh semangat membaca al-Quran dan mengikuti kelas Qiraati. Tempat yang menjadi saksi suasana penuh keberkatan ini ialah Persatuan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah) yang berperanan sebagai pusat persinggahan serta pembelajaran komuniti. Berbeza dengan rumah……














