PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir hampir di seluruh negara sehingga pukul 8 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka antara yang terkesan.
“Turut terlibat adalah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron).
“Selain itu, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Sarawak: Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE














