GEORGE TOWN – Masalah keluarga selain rasa dipinggirkan menjadi punca seorang lelaki dari Selangor memilih untuk membawa diri ke Pulau Pinang, sekali gus menjadikan kaki lima dan bahu jalan sebagai ‘rumah’ dan tempat mengemis. Pemuda yang mahu dikenali sebagai Kamal, 29, itu mendakwa, tindakannya untuk berjauhan dengan keluarga buat pertama kali adalah disebabkan terlalu berkecil hati atas layanan yang diberikan oleh keluarga terhadapnya. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, kehidupannya berubah dengan sekelip mata selepas kematian ibu tercinta akibat…














