fbpx
Susulan penampilan mencolok mata ketika menghadiri majlis ‘gender reveal’, Thalita memilih untuk menjadikan kontroversi tersebut sebagai pengajaran dalam hidupnya.

‘Terima kasih tegur, doakan saya bertudung suatu hari nanti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dihentam hebat susulan penampilan mencolok mata ketika menghadiri majlis ‘gender reveal’, penyanyi Thalita Zahra memilih untuk menjadikan kontroversi tersebut sebagai pengajaran dalam hidupnya.

Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, mengakui agak takut untuk mengulas lanjut, namun menerima segala teguran dengan hati terbuka.

“Untuk isu tersebut sebenarnya saya takut mahu ulas kerana risau tersalah cakap. Namun saya ambil sebagai iktibar dan berterima kasih kepada semua yang menegur.

“Saya masih remaja dan sedang belajar untuk menjadi lebih baik. Insya-Allah doakan saya supaya dapat berpakaian lebih sopan dan bertudung suatu hari nanti,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, bapanya yang juga pelawak terkenal, Shuib Sepahtu menegaskan perkara tersebut tidak akan berulang lagi kerana sebagai seorang ayah, dia amat mengambil berat tentang penampilan anaknya.

“Saya ingat isu ini sudah selesai, tetapi insya-Allah perkara sebegitu tidak akan berulang. Sebagai ayah, sudah tentu saya sangat ambil berat. Pada hari kejadian juga saya sudah menegur.

“Mungkin orang nampak saya jenis lembut, tetapi tindakan selepas itu tegas,” katanya di belakang pentas Gempak Most Wanted Awards, di sini, malam tadi.

Enggan lepas tangan, ibu tirinya, Watie Hanifiah memaklumkan dia bertanggungjawab menguruskan busana Thalita pada hari tersebut dan mengambil pengajaran bersama atas kekhilafan dilakukan.

“Daddy menegur sebaik tiba di lokasi kerana terkejut melihat pakaian tersebut. Teguran dibuat secara lembut kerana kami berada di acara dan tidak mahu mencetuskan suasana kurang selesa.

“Apabila pulang ke rumah, Shuib menyatakan dia tidak mahu Thalita memakai rekaan seperti itu lagi.

“Ketika berdua dengan Thalita, saya sampaikan teguran daddy tentang pakaiannya. Kami semua mengambil iktibar daripada kejadian tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, pada 1 Februari lalu, Thalita tampil anggun dalam gaun labuh rona merah jambu berpotongan off-shoulder ketika menghadiri majlis ‘gender reveal’.

Namun penampilan tersebut mengundang kecaman ramai, khususnya terhadap ibu bapanya, apabila netizen berpendapat penampilan sedemikian kurang sesuai bagi seorang remaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN