fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek cuba menculik seorang gadis di dalam sebuah pasar raya di Itali. - Polis Bergamo

Lelaki culik anak kecil depan ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila seorang lelaki gelandangan cuba menculik anak mereka yang berumur setahun di sebuah pasar raya di utara Itali, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di bandar Bergamo, wilayah Lombardy, baru-baru ini.  

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit memasuki pasar raya sebelum menarik kanak-kanak perempuan itu  di hadapan ibu bapanya. 

Penculikan itu berlaku ketika keluarga tersebut  berjalan keluar dari pasar raya menggunakan pintu automatik.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bergegas membantu untuk mendapatkan semula mangsa. 

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Dia mengalami keretakan tulang paha. 

Suspek yang merupakan warga Romania itu diberkas dan dibawa ke balai polis berdekatan  untuk disoal siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN