EKOSISTEM automotif tempatan kini terus berkembang dengan hadirnya motosikal nasional kedua iaitu AFAZ Kencana Sport 115. Motosikal tersebut tercipta hasil inisiatif jangka panjang negara yang bermula dengan pelaksanaan AM-2 (Automotive Manufacturing 2) pada tahun 2022. Ia merupakan satu kerangka dasar strategik yang bertujuan memperkukuh ekosistem automotif tempatan, meningkatkan keupayaan kejuruteraan nasional serta membangunkan rantaian industri bernilai tinggi secara menyeluruh. Seiring dengan hala tuju AM-2, KMSB Motors Sdn. Bhd. telah melangkah lebih jauh pada tahun 2023 melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA)……














