fbpx

Suzuki buru ‘hadiah’ terakhir MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUZUKI bersedia untuk meraih penamat terbaik di Valencia ketika menjadi pentas terakhir pasukan itu yang menarik diri pada saingan musim depan. – AFP

VALENCIA – Pasukan Suzuki yang mengumumkan untuk me­ninggalkan perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan bertekad mencari penamat terbaik pada perlumbaan terakhir di Grand Prix (GP) Valencia hujung minggu ini nanti.

Pengurus Suzuki Ecstar, Livio Suppo menegaskan, meskipun perasaan sedih menyelubungi seluruh kru pasukan, namun dua pelumbanya, Joan Mir dan Alex Rins bersedia melakar kejutan di Litar Ricardo Tormo nanti.

“Kami menghadapi perlumbaan terakhir di Sepanyol hujung minggu ini dan pastinya ia akan menjadi hujung minggu yang luar biasa untuk kami semua.

“Biarpun telah mengumumkan untuk menarik diri pada saingan MotoGP 2023, pasukan ini tetap melakukan yang terbaik dan saya percaya seluruh pasukan sangat profesional sepanjang musim.

“Saya bangga dengan mereka semua dan mari bersama-sama kita meraikan kejayaan terakhir di Valencia,” kata Suppo.

Sementara itu, juara dunia MotoGP 2020, Mir bertekad memberikan yang terbaik dan yakin dia mampu menutup musim 2022 dengan baik bersama Suzuki.

“Saya mahu memberikan yang terbaik bukan untuk saya sahaja, tetapi dan untuk seluruh pasukan Suzuki.

“Saya yakin mampu menca­tat masa terpantas dan jentera mampu memecut laju di litar ini sekali gus mampu memberikan kami satu keputusan membanggakan pada perlumbaan terakhir ini untuk pasukan ini,” kata Mir yang menyertai Repsol Honda tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI