KUALA LUMPUR – Makanan pemanis mulut quesillo dijangka menjadi pilihan sepanjang Ramadan ekoran rasanya yang lebih enak berbanding puding karamel dengan peniaga yakin dapat dijual lebih 150 loyang sehari. Makanan berasal dari Venezuela menggunakan campuran keju, krim putar, susu dan telur itu membuatkannya lebih berlemak dan padat sehingga menjadi kegilaan pelanggan. Rata-rata peniaga yang sudah menjualnya ketika ini mengakui ia mendapat sambutan luar biasa sejak tular di media sosial. Wan Nurhaiza Wan Mahusin, 26, berkata, dia terpaksa berhenti menghasilkan puding…














