fbpx
Wan Nasrudin memotong daging lembu di gerainya di Melor, Kota Bharu semalam. –ROHANA MOHD. NAWI

Harga daging Kota Bharu melonjak menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Harga pasaran bagi seekor lembu tempatan dan import dari Thailand naik sehingga RM500 menyebabkan harga daging mentah untuk bekalan menjelang Ramadan turut naik.

Seorang peniaga daging lembu, Wan Nasrudin Wan Noh, 56, berkata, harga seekor lembu yang dijual oleh penternak sebelum ini dianggarkan RM5,000 dan kini meningkat kepada RM5,500.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia menaikkan harga jualan daging lembu daripada RM25 sekilogram kepada RM27 bermula Khamis lalu.

“Jualan borong daging lembu segar pula dijual daripada RM23 kepada RM25 sekilogram. Tidak semua dapat beli pada harga borong kerana ia hanya ditetapkan kepada pelanggan yang membeli dalam kuantiti banyak.

“Boleh dikatakan kebanyakan peniaga menaikkan harga jualan daging lembu apabila seekor lembu tempatan atau yang diimport dari Thailand meningkat daripada RM10 kepada RM12 sekilogram,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Melor di sini semalam.

Wan Nasrudin berkata, difahamkan, penternak menaikkan harga lembu apabila harga jualan dedak juga meningkat sejak ke­belakangan ini.

Menurutnya, ada pelanggan yang terkejut dengan kenaikan harga jualan daging lembu itu dan membeli bahan mentah tersebut sebanyak 10 hingga 15 kilogram kerana bimbang harga akan terus meningkat selepas ini.

“Setakat ini, saya boleh menjual sebanyak dua ekor daging lembu sehari dan jualan tidak terjejas selepas kenaikan harga kerana kenaikan untuk sekilogram hanya RM2.

“Berdasarkan pemerhatian saya, selagi harga daging lembu tidak mencecah RM30 sekilogram, ia masih dikira berpatutan jika diambil kira dengan peningkatan harga seekor lembu,” ujarnya.

Tambahnya, kenaikan harga lembu itu juga berkemungkinan berlaku apabila hampirnya Tahun Baharu Cina sebelum kedatangan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu seorang penternak lembu, Mohd. Tarmizi Muhamad, 49, berkata, harga pasaran bagi seekor lembu tempatan dan yang diimport dari Thailand secara sah meningkat antara RM400 hingga RM500 seekor sejak minggu lalu.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia mengurangkan tempahan membeli lembu kerana tidak cukup modal.

“Difahamkan, permintaan yang tinggi sempena musim pe­rayaan menyebabkan penternak lembu di Thailand menaikkan harga jualan haiwan tersebut.

Saya menjangka harga lembu akan turun semula selepas Aidildha dan kita berdepan harga naik dua bulan ini saja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN