fbpx
Gambar hiasan.

Lekas aktif laluan Smart Lane bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) melaksanakan pengaktifan Smart Lane di beberapa lokasi terpilih antara Persimpangan Kajang Selatan dan Kajang Perdana bermula hari ini.

Menurut Lekas, pelaksanaan Smart Lane itu mendapat kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Laluan tersebut akan dibuka bermula dari pukul 6 pagi hingga 9 malam.

“Pelan mitigasi kesesakan melibatkan laluan arah utara dari Persimpangan Kajang Selatan ke Persimpangan Kajang Perdana menuju Putrajaya. Bagi laluan arah selatan, ia membabitkan Persimpangan Kajang Perdana ke Persimpangan Kajang Selatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua lokasi Smart Lane melibatkan penggunaan sementara lorong kecemasan sebagai lorong tambahan semasa waktu operasi.

“Laluan ini mempunyai papan tanda ‘Smart Lane Mula’ dan ‘Smart Lane Tamat’ serta lampu led hijau menunjukkan lorong dibuka, manakala lampu tidak menyala menunjukkan lorong ditutup.

“Ia akan dinyahtaktifkan di luar waktu operasi, di mana lorong kecemasan akan kembali kepada fungsi asalnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI