PETALING JAYA – “Bang tumpang lalu bang, kejap sahaja ni”.
Itu gambaran yang diberikan oleh Pakar kewangan dan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, sekiranya duit yang dimiliki setiap individu gagal diuruskan dengan baik.
Beliau mengibaratkan, wang berkenaan umpama hanya akan ‘tumpang lalu’ sahaja ke akaun pemiliknya jika keadaan itu dibiarkan berlaku.
Menguruskan wang, menurut beliau, harus bermula dengan pengurusan emosi yang betul.
“Ish, penat kerja hari ni. Apa salahnya beli kopi. Fuh, bulan ni tak hadiahkan diri beli kasut lagi ni.
“Awal tahun ni, kalau beli kasut lari bagus buat senaman ni banyak jualan murah gila-gila,” katanya memberikan contoh situasi.
Azizul menjelaskan, jika gagal urus emosi seperti contoh yang diberikan, wang yang dimiliki sukar untuk bertahan lama.
“Jika gagal urus emosi, banyak mana duit pun tak akan kekal lama. Moga bermanfaat buat semua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














