Setiap kali kita bercakap tentang kecemerlangan pendidikan, fokusnya selalu tertumpu kepada aspek peperiksaan, teknologi terkini dan kemudahan serta perihal sekolah-sekolah prestasi tinggi. Namun, dalam keterujaan kita mengejar sasaran dan angka, ada satu kelompok yang sering terpinggir daripada radar perhatian kita – anak-anak pedalaman. Di kawasan pedalaman, pendidikan masih berdepan cabaran asas yang tidak pernah selesai. Ada murid yang perlu berjalan berjam-jam atau meredah sungai untuk ke sekolah. Ada yang belajar dalam bangunan uzur, berkongsi buku teks, malah ada yang terpaksa……














