fbpx
MIRUL bercerai dengan isterinya kerana mereka sering bergaduh disebabkan yuran persekolahan anak yang tinggi ekoran isterinya hanya mahu anak-anak belajar di tadika swasta dan sekolah antarabangsa. – Ilustrasi Shah Hasan

Bercerai angkara yuran sekolah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP kali bermulanya musim persekolahan, pasti ibu bapa antara golongan yang paling ‘terkesan’ tatkala memikirkan kos yang bakal ditanggung.

Hal tersebut lebih memberi kesan kepada ibu bapa yang tergolong dalam kategori B40 dan mempunyai ramai anak bersekolah.

Situasi tersebut turut berlaku kepada Mirul (bukan nama sebenar) suatu ketika dahulu sehingga menghancurkan rumah tangga yang dibina hampir sedekad.

Semuanya gara-gara permintaan isterinya yang ingin anak-anak mereka belajar di tadika dan sekolah swasta yang memerlukan yuran mahal.

Cerita anak kelahiran Ipoh, Perak itu, dia dan isterinya disatukan atas pilihan keluarga dan perkenalan mereka tidak terlalu lama.

“Saya dan bekas isteri dinikahkan dalam satu majlis sederhana. Hasil perkahwinan, kami dikurniakan sepasang cahaya mata.

“Kini, kedua-dua anak kami itu sudah bersekolah rendah. Kami yang sudah bercerai sama-sama menjaga mereka secara bergilir-gilir,” katanya kepada K-Wanita.

Menyorot kisah perceraian, Mirul yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang memberitahu, punca perpisahan mereka adalah disebabkan oleh sikap isterinya yang mempunyai cita rasa tinggi.

Ibarat tidak mengukur baju di badan sendiri, itulah yang berlaku kepada isterinya dek terlalu mengikut rakan-rakan terutama dalam hal persekolahan anak.

“Bila bab persekolahan, isteri mahu anak-anak kami belajar di tadika swasta dan tidak mahu ke sekolah biasa.

“Alasannya, dia mahu anak-anak kami mendapat pendidikan yang lebih sempurna.

“Masa anak pertama, saya hanya ikutkan kemahuan isteri kerana sayang. Bab duit itu, pandai-pandailah saya cari,” katanya yang berusia awal 40-an.

Tambah Mirul, yuran bulanan persekolahan anak mereka bukannya murah, namun disebabkan kemahuan isterinya, dia tetap turuti.

Ujar Mirul, isterinya langsung tidak memikirkan susah payah yang ditanggungnya sebagai suami, meskipun pernah menyuarakan hasrat untuk memindahkan anak mereka ke tadika biasa.

“Isteri cakap, dia malu kalau anak bertukar dan dipindahkan ke tadika biasa. Jadi, saya tetap kena cari wang untuk persekolahan anak-anak.

“Saya membenarkan isteri untuk bekerja bagi meringankan beban kewangan. Namun awal-awal lagi isteri cakap tidak mahu kerana dia wanita, maka tanggungjawabnya hanya sebagai suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Lebih parah, menginjak darjah satu, isterinya turut memasang hasrat untuk menghantar anak ke sekolah antarabangsa.

Disebabkan itu, Mirul diminta supaya melakukan dua atau tiga kerja dalam satu-satu masa. Mula-mula dia gagahi jua, tapi lama-kelamaan tidak tertanggung beban kewangannya. Kemuncaknya berlaku semasa anak kedua selesai tadika swasta dan mahu memasuki darjah satu sekolah antarabangsa seperti abangnya.

Puas saya memujuk isteri kerana sudah tidak mampu untuk terus menanggung kos persekolahan anak. Namun, isterinya tetap sama dan langsung tidak mempedulikan pujukan Mirul. Hal ini menyebabkan mereka sering bergaduh besar.

Selepas berfikir masak-masak, Mirul memilih untuk menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Syariah tanpa sebarang kekesalan di hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN