fbpx
Muhammad Hafizuddeain (kiri) dan isterinya Salwani tiba di Mahkamah Sesyen hari ini.

[VIDEO] Bekas PTD, isteri hadir ke mahkamah hadapi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan serta isterinya, Salwani Anuar tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Muhammad Hafizuddeain tiba pada pukul 8.10 pagi manakala istsrinya Salwani Anuar yang berkerusi roda tiba pada pukul 8.20 pagi yang mana kedua-duanya datang secara berasingan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan kedua-duanya berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Semalam SPRM dalam kenyataan media telah memperoleh izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa pasangan suami isteri itu.

Ia yang mana berhubung siasatan kes rasuah membabitkan kes tender perolehan pasukan itu.

Menurut SPRM, Hafizuddiean juga akan didakwa dengan dua lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, Selangor pada Jumaat ini.

“Manakala, Salwani juga akan didakwa dengan satu lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.

Pada masa sama, SPRM juga telah memperoleh izin mendakwa bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd. Nizam Jaafar di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN