fbpx
VILLA gagal mencapai misi untuk mencatat rekod baharu 12 kemenangan berturut-turut di Villa Park apabila tunduk berdepan Everton awal pagi semalam. - AFP

EPL: Keghairahan akhirnya jerat Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Impian Aston Villa untuk mencipta sejarah baharu dengan mencatat 12 kemenangan di Villa Park tidak kesampaian selepas mereka tewas mengejut 0-1 kepada Everton awal pagi semalam.

Kekalahan itu meleburkan rekod 11 kemenangan berturut-turut yang diraih sebelum ini sekali gus mensia-siakan peluang untuk memintas kedudukan Manchester City di tangga kedua selain gagal merapatkan jurang dengan pendahulu, Arsenal.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Unai Emery itu perlu melakukan sesuatu pada jendela perpindahan musim sejuk yang masih dibuka untuk memastikan mereka serius mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Kami telah melalui musim yang luar biasa. Ketika kami menentang Everton pada September lalu, ia berakhir dengan keputusan seri dan persembahan pada perlawanan itu lebih teruk berbanding kali ini.

“Sudah tentu kami terlepas peluang yang sangat baik untuk melonjak ke kedudukan kedua. Namun, selepas kekecewaan ini, kami perlu cuba untuk pulih dan menjadi lebih positif unutk perlawanan akan datang.

“Sasaran kami di EPL adalah untuk mencari penamat terbaik selepas 38 perlawanan, tetapi sebelum perlawanan ke-34, saya tidak akan bercakap mengenai di mana kedudukan kami musim ini,” kata Emery.

Kekalahan itu menyaksikan Everton menjadi pasukan pertama yang berjaya mencatat kemenangan di Villa Park sejak Ogos lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN