fbpx
TIGA lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, minggu lalu.

Tiga rakan tidak mengaku ‘sentuh’ remaja perempuan 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Isma Izzuan Ismail, 22; Mohamad Nazran Ibrahim, 23, dan Mohamad Firdaus Khan Ismel Khan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Isma Izzuan dan Mohamad Nazran didakwa telah melakukan rogol berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan dalam sebuah bilik di rumah sewa di Taman Pusing Permai, Batu Gajah pada pukul 9 dan 9.30 malam, 7 Januari 2026.

Dalam prosiding itu, Isma Izzuan juga didakwa bagi dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi sama antara pukul 9 hingga 10 malam pada 7 Januari 2026 dan dalam sebuah kereta Proton Saga di kawasan Batu Gajah, antara pukul 12 hingga 2 pagi, 9 Januari 2026.

Mohamad Nazran turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dalam sebuah kereta Toyota Vios di kawasan Batu Gajah antara pukul 9 hingga 10 malam, 9 Januari 2026.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin manakala Isma Izzuan diwakili peguam bela, Aliff Aiman Rusli dan Mohamad Nazran pula diwakili Canice Chan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan Isma Izzuan dan Mohamad Nazran masing-masing diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin warga tempatan selain membenarkan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Di mahkamah sama, seorang lagi kenalan dua tertuduh iaitu Mohamad Firdaus Khan Ismel Khan, 22, turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dalam sebuah bilik di rumah sewa di Taman Pusing Permai, Batu Gajah pada pukul 9 hingga 10 malam, 7 Januari 2026. Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Mac 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI