fbpx
Gambar hiasan.

Guru pernah dipenjara ditahan kes liwat pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes amang seksual fizikal melibatkan remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa dilakukan guru di sebuah sekolah di Desa Pandan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan itu dibuat oleh bapa remaja tersebut yang berusia 40 tahun pada pukul 12.27 tengah hari kelmarin.

Menurutnya, mangsa memaklumkan mengenali suspek dan mendakwa pernah diliwat oleh lelaki terbabit sebanyak beberapa kali.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, suspek telah ditangkap dan semakan mendapati lelaki tersebut pernah dihukum penjara selama lapan tahun serta dikenakan enam sebatan bagi dua kes sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN