fbpx
Gambar hiasan.

Bekas PTD dibebaskan, SPRM tahan seorang lagi pegawai tinggi ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membebaskan seorang bekas pegawai tinggi Tentera Darat (PTD) daripada tahanan reman kira-kira pukul 6.30 petang, Isnin lalu.

Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Azam Baki, berkata, SPRM hari ini turut menahan seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia pada pukul 11 pagi bagi membantu siasatan lanjut kes.

“Sebarang kemaskini mengenai kes ini akan dimaklumkan pada sidang media SPRM pada 15 Januari 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mahkamah membenarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga hari ini terhadap bekas pegawai tinggi Tentera Darat bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan tender perolehan, manakala dua isterinya turut direman mengikut tempoh berasingan.

Kes tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan lebih besar melibatkan rangkaian kartel tender perolehan TDM, termasuk penahanan beberapa pengarah syarikat sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN