fbpx
Hidalgo meraikan jaringan yang dilakukan ke atas NSFC sebentar tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Liga Super: JDT pastikan NSFC ‘gigit jari’ di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harapan Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk menjadi kelab pertama yang mencuri mata ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super musim ini tidak kesampaian selepas tewas 0-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Pada perlawanan penuh dramatik itu, skuad Harimau Selatan dilihat hampir mengalah selepas beberapa peluang keemasan yang hadir sepanjang 90 minit perlawanan gagal menerjah jaring.

Namun, usaha keras JDT akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian, Manuel Hidalgo muncul wira pasukan selepas menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-98 selepas hasil umpanan tepat Oscar Arribas.

Keputusan tersebut menyaksikan rekod kebal JDT musim ini diteruskan dengan rentak 14 kemenangan berturut-turut sekali gus melebarkan status pendahulu Liga Super dengan 42 mata.

Sementara itu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, misi Kuala Lumpur City (KL City) untuk mengekalkan prestasi cemerlang disekat Sabah FC selepas terikat seri 1-1, sebentar tadi.

Penyerang Sabah FC, Fergus Tierney melakukan rembatan ke gawang KL City pada aksi Liga Super hari ini. – Foto ihsan MFL

 

Gol skuad Warga Kota dijaringkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-50 tetapi tuan rumah berjaya bangkit hasil penyudah Ajdan Mujagic dengan penyamaan hadir pada minit ke-67. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN