fbpx
Mohd. Syahbuddin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai Sejahtera Madani kepada ibu bapa di Dewan Datuk Ariffin Said, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Ibu bapa Gua Musang dapat RM200 beli kelengkapan sekolah anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seramai 520 murid dan pelajar di Parlimen Gua Musang menerima manfaat Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia Madani (Sejahtera Madani) membabitkan peruntukan sebanyak RM104,000 menjelang pembukaan penggal baharu persekolahan pada minggu depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, program nasional yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu untuk membantu 234 isi rumah miskin tegar dan miskin yang berdaftar dengan eKasih di tiga buah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gua Musang.

Katanya, bantuan tunai sebanyak RM200 diberikan kepada ibu bapa di daerah ini bagi membeli kelengkapan pendidikan sempena sesi persekolahan yang akan bermula minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI