PUTRAJAYA – Inisiatif kerajaan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid sekolah tahun ini disifatkan sebagai bukti kestabilan politik dalam negara dan kemakmuran ekonomi sekali gus dapat meringankan beban ibu bapa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi menyokong inisiatif itu, Puspanita Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengagihkan sumbangan kepada 300 anak-anak warga KDN daripada pelbagai jabatan dan agensi.
Saifuddin berkata, setiap murid terpilih masing-masing menerima barangan kelengkapan sekolah dan wang saku.
“Saya berhadap sumbangan ini dapat membantu meringankan belanja menyediakan kelengkapan sekolah selain meringankan beban berbelanja yang ditanggung oleh ibu bapa,” katanya ketika ditemui selepas menyempurkan program ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran Puspanita KDN di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE














