fbpx
Longgokan sampah yang dibuang di luar tong menyebabkan bau busuk ketika tinjauan di kawasan SK Cherang Ruku, Pasir Puteh semalam.

Murid terpaksa hidu bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku di sini rimas dengan longgokan sampah di pekarangan sekolah sehingga menyebabkan anak-anak mereka belajar dalam kea­daan tidak selesa sejak dua minggu lalu.

Pengerusinya, Zanawi Isa berkata, bau busuk sisa buangan itu mengganggu persekitaran sekolah sekali gus menjejaskan ke­selesaan murid dan guru.

Katanya, pihak berwajib diminta lebih peka dan memastikan sampah tidak dibiarkan terlalu lama lebih-lebih lagi di kawasan berhampiran sekolah.

“Perkara ini kerap berlaku sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa dan guru.

“Tong sampah besar jenis roro diletakkan di depan pintu kedua (sekolah) yang merupakan laluan utama ibu bapa menghantar dan menunggu murid,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang bapa, Ismail Ahmad, 45, berkata, sisa buangan basah seperti perut ayam dan ikan menyebabkan kawasan sekitar sekolah berbau busuk dan diserang lalat.

Katanya, kawasan itu juga menjadi lokasi utama penduduk Cherang Ruku membuang sampah.

“Isu sampah dan bau busuk ini dapat diselesaikan jika kerja-kerja mengangkut sampah dilakukan ikut jadual tanpa alasan lori rosak dan sebagainya,” katanya.

Jurucakap Majlis Daerah Pasir Puteh berkata, tindakan segera akan diambil selain meminta orang ramai agar tidak membuang sampah di luar tong yang disediakan bagi memastikan kebersihan kawasan sekolah terjaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN