fbpx
Antara peserta yang menyertai program fun run tersebut.

Anak yatim, asnaf bersolidariti untuk Gaza menerusi Fun Run

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 200 anak yatim dan asnaf diraikan dalam program Fun Run Sentuhan Kasih Ihsan Anak bersama Gaza anjuran Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku).

Program yang berlangsung semalam itu telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut disertai anak yatim dari Gaza, Palestin yang merupakan sebahagian daripada projek Keluarga Angkat Ihsanku,

Ketua Pegawai Eksekutif Ihsanku, Muhammad Syariffuddin Supeni berkata, program Fun Run merupakan langkah kecil menuju acara kemuncak Ramadan iaitu Iftar Seribu Anak Yatim Nusantara bersama Gaza yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari depan.

Jelasmya, antara pengisian utama program ialah larian santai, selain aktiviti mewarna mural Bendera Palestin serta sesi anak-anak ini menulis kad ucapan “Surat Cinta Untuk Anak Yatim Gaza”.

“Sekali gus ia memberi ruang kepada mereka menzahirkan mesej kasih sayang dan sokongan moral kepada anak-anak yatim Gaza.

“Ihsanku turut menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan dan sumbangan Mikro Ihsan Anak berjumlah RM5,000 kepada setiap rumah angkat serta keluarga angkat Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan mencecah RM80,000,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhammad Syariffuddin berkata, program itu juga mencerminkan komitmen berterusan Ihsanku dalam memperjuangkan kebajikan, pendidikan dan pemerkasaan anak-anak yatim serta anak-anak golongan kurang bernasib baik, sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI