fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV seorang lelaki disyaki suspek utama kes penemuan mayat dengan 12 kesan tikaman di sebuah unit pangsapuri di Mantin bulan lalu.

Mati dengan 12 tikaman: Lelaki pakai hoodie diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

NILAI – Polis giat memburu lelaki disyaki suspek utama bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang pemuda dengan 12 kesan tikaman di sebuah unit pangsapuri di Mantin, di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, suspek dikenal pasti menerusi hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bertarikh 28 Disember yang memaparkan seorang lelaki memasuki kawasan pangsapuri itu sekitar pukul 12 tengah malam sebelum keluar kira-kira tiga jam kemudian.

“Lelaki berkenaan dilihat memakai pelitup muka dan hoodie, namun setakat ini polis hanya memperoleh imej daripada rakaman CCTV terbabit. Maklumat awal turut diperoleh daripada seorang pengawal keselamatan yang mendakwa lelaki itu pernah bertanyakan lokasi rumah mangsa sebelum kejadian berlaku. Buat masa ini, lelaki berkenaan dipercayai sebagai suspek utama,” katanya di sini hari ini.

Johari berkata, siasatan awal mendapati unit kediaman itu disewa dan dipercayai digunakan khusus bagi tujuan aktiviti tidak bermoral.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, mangsa berusia lingkungan 30-an maut selepas dipercayai ditikam sebanyak 12 kali termasuk belakang kepala, dada, leher dan siku. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI