fbpx
Pesawat yang membawa Maduro dan isterinya tiba di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Stewart di negeri New York semalam. - AFP

Maduro, isteri dibawa ke pusat tahanan di Brooklyn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah pesawat yang membawa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores telah tiba di negeri New York, beberapa jam selepas tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas negara itu, lapor akhbar The Guardian. 

Presiden Donald Trump menyifatkan misi tangkapan Maduro dan isterinya sebagai ‘serangan yang tidak pernah dilihat sejak Perdang Dunia Kedua’, sambil berjanji bahawa beliau akan mentadbir Venezuela tanpa pemimpin mereka. 

Trump menegaskan bahawa AS akan mentadbir Venezuela sehingga peralihan kuasa yang teratur dapat dilaksanakan. 

Pengumuman itu dibuat semasa sidang media di estet Mar-a-Lago di Palm Beach, negeri Florida semalam. 

Maduro dan Flores mendarat selepas pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Stewart dengan menaiki pesawat Boeing 757 berwarna putih. 

Beliau dijangka diterbangkan dengan helikopter ke bandar Manhattan sebelum dibawa ke pusat tahanan Metropolitan Detention Centre di Brooklyn, kata beberapa pegawai kepada saluran berita NBC News. 

Maduro dijangka berdepan pertuduhan di mahkamah menjelang petang esok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN