ISU penderaan kanak-kanak dan bayi di pusat asuhan atau taska terus mencetuskan kebimbangan masyarakat apabila kes demi kes dilaporkan. Walaupun taska sepatutnya menjadi ruang selamat untuk anak kecil membesar dan dijaga, insiden kekerasan sama ada memukul, menggoncang, mengherdik atau mengabaikan menimbulkan persoalan besar tentang tahap pemantauan, latihan pengasuh serta ketegasan penguatkuasaan. Baru-baru ini, kes di Alam Indah, Cheras mencetuskan kemarahan ramai apabila rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tular memaparkan bayi berusia enam bulan dicampak, digolek dan ditampar. Dalam situasi ini,…














