fbpx
Seorang lelaki warga Myanmar, Aung Soe, 39, diiringi polis atas kesalahan memiliki sepucuk senjata api didakwa di Mahkamah Butterworth di sini. Foto oleh DANIAL SAAD

Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang buruh warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa permit, pada 21 Disember lalu.

Tertuduh, Aung Soe, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis revolver .38 tanpa permit atau lesen yang sah, selain senjata api berkenaan dipercayai diperoleh ketika melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bengkel kontena di Lorong Perusahaan Baru, Perai pada pukul 12.10 tengah malam, 21 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Siti Nur Amalina Harun, manakala tertuduh diwakili Hussaini Abdul Rashid.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sementara itu, tertuduh serta rakan senegaranya yang berdepan tiga lagi pertuduhan melibatkan kesalahan dadah, imigresen dan senjata api di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam ditangguhkan pada 23 Februari untuk lantikan jurubahasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN