fbpx
LOKASI kejadian tempat seorang wanita jatuh dari tingkat 25. - Foto Facebook

Wanita selamat terjatuh dari tingkat 25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK  – Seorang wanita masih hidup selepas terjatuh dari tingkat 25 sebuah kondominium di Pattaya, Thailand semalam setelah bertengkar dengan suaminya yang merupakan warga asing, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Pasukan penyelamat  Yayasan Sawang Borriboon Dhammastan menerima panggilan kecemasan pukul 7.06 pagi (waktu tempatan) daripada seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah. 

Pemanggil melaporkan seorang wanita terjatuh dari tingkat tinggi bangunan berkenaan.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi dan menemui wanita itu terbaring di tepi kolam renang kondominium tersebut. 

Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Alvarado, 26.

Wanita itu basah kuyup, mengalami kecederaan dan pendarahan pada  mulut serta hidung. 

Pasukan penyelamat memberikan rawatan kecemasan di lokasi sebelum membawanya ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Polis berkata, keadaan sebenar yang menyebabkan kepada kejadian itu masih belum jelas.

Menurut polis, mangsa amat bernasib baik kerana terselamat. 

Polis percaya tiupan angin kencang menolak mangsa ke dalam kolam renang dan membantu mengurangkan impak akibat terjatuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN