fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir di lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Perak di kawasan Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk).

Menurutnya, hujan lebat juga diramal di Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, manakala di Johor pula adalah Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Ribut petir turut diramal di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat diramal di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu)

Ujarnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN