fbpx
Gambar hiasan.

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kawasan terlibat di Sarawak ialah Kuching, Serian serta Samarahan termasuk Samarahan dan Asajaya.

Di Sabah pula, cuaca buruk dijangka berlaku di kawasan Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan, selain Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah keselamatan sepanjang tempoh amaran dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN