fbpx
Jalan Lui Selatan - Tembangau berdekatan Kampung Lui Selatan ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku mendapan tanah serta pembentung patah, semalam. - Foto MEDIA SOSIAL

Jalan Lui Selatan-Tembangau ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Jalan Lui Selatan – Tembangau berdekatan Kampung Lui Selatan ditutup sementara kepada semua kenderaan berikutan berlaku mendapan tanah serta pembentung patah, semalam.

Difahamkan, kawasan terlibat mendapan adalah sekitar kira-kira 10 meter susulan berlakunya pergerakan tanah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jempol, Amino Agos Suyub berkata, jalan berkenaan akan dibuka semula sehingga dimaklumkan.
“Buat masa ini hebahan telah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dengan menggunakan jalan alternatif lain.

“Pengguna boleh melalui laluan perkampungan iaitu Jalan Lui Selatan, namun kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan perkampungan ini. Kenderaan berat dinasihatkan untuk menggunakan jalan utama Gemas-Kemayan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI