fbpx
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke pentas final Sukan SEA Thailand 2025.

Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik harapan emas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Hasrat untuk menyaksikan pertembungan sesama sendiri di pentas final acara beregu lelaki di Sukan SEA Thailand 2025 tidak kesampaian apabila hanya beregu lelaki utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik menepati ramalan mara ke pentas final.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Universiti Thammasat, Rangsit tersebut, Aaron–Wooi Yik mempamerkan persembahan cukup baik dan tidak berdepan masalah untuk menewaskan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana dengan kemenangan straight set 21-10, 21-12 dalam masa 33 minit.

Namun, impian untuk memastikan pingat emas sah milik Malaysia tidak kesampaian selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun tumbang di separuh akhir di tangan satu lagi wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 16-21, 17-21.

Mengulas mengenai tugas berat bagi menghadirkan pingat emas pada aksi final esok, Wooi Yik berkata, mereka tidak meletakkan tekanan berlebihan sebaliknya mahu kekal fokus di atas gelanggang.

“Itu (menang pingat emas) memang matlamat kita. Saya rasa kami tidak ada tekanan yang terlalu tinggi. Kami hanya fokus di atas gelanggang dan cuba mendapatkan pingat emas. Ada masa kalah, ada masa kami menang dan kami akan terus buat yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Aaron berkata, skuad badminton negara tetap boleh berbangga dengan pencapaian keseluruhan pada temasya kali ini walaupun sasaran empat emas dilihat sukar untuk dicapai.

“Selain pingat emas, kami sudah capai sasaran tujuh pingat secara keseluruhan menerusi badminton. Walaupun sasaran empat emas nampak mungkin sukar, tapi yang penting kami semua sudah buat yang terbaik untuk membawa balik pingat ke Malaysia,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI