fbpx
GAMBAR fail Dewan Perwakilan di Bangkok. - Foto AFP

PM Thailand bubar Parlimen ketika perang dengan Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul membubarkan Parlimen hari ini selepas tiga bulan memegang jawatan, demikian menurut satu dekri diraja, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya umum.

Langkah itu dibuat lebih awal daripada jangkaan dan ketika pertempuran maut kembali tercetus di sempadan Thailand–Kemboja.

“Dewan Perwakilan dibubarkan untuk pilihan raya umum baharu diadakan bagi memilih ahli-ahli dewan,” kata dekri yang diterbitkan dalam Warta Diraja.

Anutin daripada parti konservatif Bhumjaithai, menjadi Perdana Menteri September lalu selepas pendahulunya disingkirkan oleh mahkamah kerana pelanggaran etika.

Awal tahun ini, beliau berikrar untuk membubarkan dewan rendah, langkah rasmi bagi mengadakan pilihan raya dan pengundian selewat-lewatnya awal 2026.

Anutin sebelum ini dijangka menunggu sehingga selepas Krismas sebelum membubarkan Parlimen.

Langkah itu dibuat ketika pertempuran kembali memuncak di sempadan dengan Kemboja.

Dalam pertempuran itu, sekurang-kurangnya 20 orang maut dan menyebabkan kira-kira 600,000 lagi hilang tempat tinggal, kebanyakannya di Thailand.

“Memandangkan pentadbiran kini merupakan kerajaan minoriti dan keadaan politik domestik dipenuhi pelbagai cabaran, kerajaan tidak dapat terus mentadbir urusan negara secara berterusan, berkesan dan stabil.

“Oleh itu, penyelesaian yang sesuai adalah membubarkan Dewan Perwakilan dan mengadakan pilihan raya umum baharu,” menurut Warta Diraja, memetik laporan yang diterima daripada Anutin. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN