fbpx
KEMBOJA mengambil bahagian dalam perarakan pada Majlis Perasmian Sukan SEA 2025 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok semalam. - AFP

Sukan SEA: Kemboja tarik diri atas ‘permintaan keluarga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Mengambil kira faktor keselamatan, Kemboja mengambil keputusan untuk membawa pulang kontinjen termasuk semua atlet serta pegawai daripada temasya Sukan SEA 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.

Ia berikutan pertempuran yang sedang berlaku di sempadan Thailand-Kemboja melibatkan kedua-dua negara sehingga menyebabkan tujuh rakyat Kemboja terbunuh selain puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), Vath Chamroeun menerusi surat dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara, Seri Chaiyapak Siriwat, menjelaskan keputusan itu dibuat atas permintaan keluarga atlet.

“NOCC mengambil keputusan untuk memanggil balik delegasi Kemboja dari Sukan SEA Thailand dan akan menguruskan kepulangan mereka atas faktor keselamatan. Ia adalah permintaan daripada keluarga atlet,” katanya.

Terdahulu, Thailand sebagai tuan rumah memberi jaminan bagi memastikan keselamatan semua kontinjen, termasuk Kemboja sepanjang temasya tersebut yang berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini.

Bagaimanapun, timbul kerisauan berhubung keselamatan melibatkan atlet-atlet Kemboja yang mungkin menjadi sasaran selepas pertempuran antara kedua-dua negara di kawasan sempadan dilihat semakin serius.

November lalu, Kemboja sudah pun menarik diri daripada beberapa sukan termasuk bola sepak, judo, karate, pencak silat, gusti, petanque, wushu dan sepak takraw, namun masih kekal menyertai 13 acara lain pada edisi ke-33 itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN