PETALING JAYA – Facebook, Threads dan Instagram kini bukan lagi sekadar ruang memuat naik foto atau mengikuti perkembangan semasa, tetapi telah bertukar menjadi tempat ‘mengiklankan diri’ untuk mencari jodoh. Di platform media sosial itu, semakin ramai wanita dan lelaki yang berani tampil memperkenalkan diri dan mendedahkan ciri-ciri pasangan idaman, dengan harapan agar dipertemukan jodoh serasi. Fenomena ini meledak sejak dua tahun lalu apabila hantaran-hantaran bertemakan ‘cari jodoh’ meraih sambutan hangat sehingga ada pasangan yang berjaya disatukan di atas pelamin melalui……














