fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa Port Dickson, Sarawak hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah serta Labuan sehingga pukul 4 petang.

Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Selangor ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala Port Dickson di Negeri Sembilan turut terjejas.

“Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan di Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang di Sarawak.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort,” katanya.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk juga dijangka melanda seluruh Labuan. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN