fbpx
Wisma Putra.

Asrul Nizam hilang, 3 pelancong Malaysia tidak dapat dikesan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Seorang rakyat Malaysia dilaporkan hilang selepas terlibat dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda Sumatera Barat, Indonesia, pada 27 November lalu.

Mangsa, Asrul Nizam Apridwson, 30, dipercayai hilang selepas kenderaan yang dinaikinya bersama tujuh warga Indonesia, dipercayai ahli keluarga, dihanyutkan tanah runtuh di kawasan Padang Panjang.

Menurut Kementerian Luar Negeri, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan mengesahkan empat daripada penumpang Indonesia telah berjaya ditemui, namun Asrul Nizam dan tiga lagi warga Indonesia masih belum dikesan.

Ibu bapa mangsa dilaporkan sudah berada di Padang dan Konsulat Jeneral sedang menyalurkan bantuan serta sokongan kepada keluarga sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Konsulat Jeneral turut menerima laporan mengenai tiga pelancong Malaysia, dua lelaki dan seorang wanita berumur 63 hingga 64 tahun yang gagal dihubungi sejak 27 November.

“Mereka dipercayai berada di Aceh atau Sumatera Utara. Pihak Konsulat kini bekerjasama dengan berkuasa tempatan untuk mengesan kedudukan mereka.

“Rakyat Malaysia yang berada di Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh dinasihatkan supaya terus berwaspada, mengikuti perkembangan cuaca, serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan memandangkan cuaca buruk dijangka berterusan.

“Keluarga di Malaysia yang menghadapi kesukaran menghubungi ahli keluarga di kawasan terjejas disaran segera menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk bantuan lanjut,” jelas kenyataan tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN