SELEPAS era Datuk Seri Lee Chong Wei, krisis perseorangan lelaki badminton negara makin jelas kelihatan di kala saingan Piala Thomas 2026 semakin hampir untuk berlangsung April tahun depan. Malaysia kini masih tercari-cari siapakah yang mampu menjadi jeneral di tengah gelanggang terutama bagi menghadapi kejohanan berpasukan seperti Piala Thomas dan Piala Sudirman. Memang kita memiliki pemain seperti Lee Zii Jia, namun harapan menggunung diletakkan ke atas bahunya dilihat terlalu berat selain prestasinya yang terumbang-ambing dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan. Selain itu,…














