fbpx
Martinez ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor burung kakak tua yang disembunyikan di dalam seluarnya. - X

Lelaki seludup burung kakaktua dalam seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor burung kakaktua yang disembunyikan di dalam seluarnya ketika melalui sempadan Mexico ke Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Morning Honey.

Kejadian berlaku di Pelabuhan Masuk Otay Mesa, negeri California pada 23 Oktober lalu. 

Tangkapan itu dibuat selepas seorang pegawai pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mendapati, kelangkang suspek bernama Jesse Agus Martinez, 35, kelihatan kembung. 

“Selepas diperiksa, pegawai menemukan dua karung berisi burung kakaktua yang disembunyikan di dalam seluar suspek. 

“Burung-burung itu tidak sedarkan diri kerana dibius tetapi masih hidup,” kata Pejabat Peguam AS dalam satu kenyataan. 

Pasukan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar AS mengesahkan burung-burung itu adalah spesies yang dilindungi dari Mexico Barat dan Costa Rica. 

Haiwan itu diserahkan kepada Perkhidmatan Veterinar dan dikuarantin di Pusat Import Haiwan Jabatan Pertanian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN