PETALING JAYA – Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertungkus-lumus menangkap seekor ular sawa besar yang masuk ke sebuah rumah mengundang rasa gerun dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi hantaran video di media sosial, kelihatan sepasukan anggota APM menggunakan alatan khas bagi menangkap reptilia itu yang berada di siling tandas rumah berkenaan.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa gerun dengan saiz ular berkenaan.
“Ya Allah, besarnya ular. Dah macam anaconda dah besarnya,” komen Fatiha.
“Fobia nak mandi dalam tu lagi dah. Perlu tengok betul-betul takut ada anak-anak dia pula,” kata Amirul Rizal.
“Besar macam ni, budak pun dia boleh telan tu,” komen Khairul Padli. – KOSMO! ONLINE















