Setiap individu mempunyai perancangan hidup masing-masing. Begitu juga dengan pilihan Pesona Ahad minggu ini, Nurul Husna Yusri Lou, 24, tekad mengorak langkah sebagai generasi muda yang mahukan kebebasan berkarya dan ruang bercerita secara autentik. Gadis manis berasal dari Kangar, Perlis ini bersedia dengan tekanan dan cabaran algoritma media sosial yang bukan sahaja sekadar memuat naik video, tetapi menjadi figura berpengaruh yang membina komuniti dan membentuk budaya digital. Dia yang mesra dipanggil Husna berkongsi kepada Kosmo! Ahad mengenai perjalanan hidupnya. KOSMO!…















